KUALA LUMPUR – Orang ramai yang berhadapan dengan masalah perbankan, kredit, sivil serta zakat kini boleh menarik nafas lega kerana mereka boleh membuat aduan melalui Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM).
Presiden 4PM, Rosland Mohd. Arif berkata, perkhidmatan Biro Pengaduan Awam 4PM yang dilancarkan semalam memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira usia termasuk warga asing yang berurusan dengan bank di negara ini.
“Kami menyelesaikan pelbagai masalah, tidak kira apa jua masalah tersebut. Kalau mereka (pengguna) mahu mengadu mengenai isu bank melelong rumah tanpa notis atau hal berkaitan tarik kereta, inilah tempatnya.
“Bantuan yang akan diberikan pula sehingga ke tahap maksimum. Jadi, sasaran kami sekarang adalah buat individu yang teraniaya dan tertekan dengan masalah bank, kami tidak pernah beri ruang kepada bank,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Biro Pengaduan Awam 4PM dekat sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











