RABAT 21 Feb. – Pasukan keselamatan Maghribi menembak meriam air ke arah guru sekolah awam yang menunjuk perasaan dan menggunakan tongkat baton untuk menghalang kumpulan tersebut ke istana.
Kejadian itu menyebabkan berpuluh-puluh dilaporkan cedera, mereka kemudian dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulan.
Beribu-ribu guru telah ‘turun’ ke jalan-jalan di ibu kota Maghribi bagi membantah kontrak tetap jangka panjang yang telah berkuat kuasa sejak 2016.
Penunjuk perasaan berkumpul di pusat Rabat memegang sepanduk ‘tidak kepada kontrak tempoh tetap’ dan ‘tidak merombak sekolah awam’.
Namun sesetengah daripada mereka memutuskan untuk berarak ke istana dan terpisah daripada kumpulan utama penunjuk perasaan dan mencetuskan ketegangan.
Menurut pihak berkuasa, pasukan keselamatan campur tangan kerana penunjuk perasaan tidak mendapat kebenaran untuk mengadakan bantahan di depan istana.
“Kami bertindak untuk kebaikan sekolah awam,” kata seorang guru yang menyertai bantahan berkenaan, Rajaa Aitsi. -AFP
Bantah kontrak tetap jangka panjang











