PRK Semenyih: Calon muda jadi perhatian pengundi - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Calon muda jadi perhatian pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH, – Kemunculan dua calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, menjadi perhatian penduduk di sini khususnya golongan belia, yang jelas begitu teruja dengan trend meletakkan golongan muda untuk menjadi wakil rakyat.

Kehadiran Muhammad Aiman Zainali, 30, yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjadi tumpuan pada PRK kali ini.

Tinjauan Bernama mendapati, walaupun baru memasuki hari kelima tempoh berkempen, kedua-dua calon dilihat tidak kekok malah begitu mesra apabila bertemu dengan pengundi dan orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi generasi muda di sini, rata-rata teruja melihat kelibat calon muda yang dianggap sebagai pembaharuan dalam politik tempatan dan bukti kepada peranan anak muda yang semakin diberi perhatian.

Amin Nizam, 25, yang baharu sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi berkata, selain menilai tawaran yang dijanjikan calon, keperibadian dan pendekatan calon berkempen turut menjadi kayu ukur untuk menjadi wakil rakyat.

“Walaupun mereka (semua calon) ada cara tersendiri untuk mendekati kami, namun pada saya calon muda dilihat lebih terbuka dan bijak menyesuaikan diri ketika bertemu pengundi.  

“Apabila mereka (calon muda) bertemu dengan pengundi yang lebih muda atau sebaya, cara mereka lebih santai dan tak rasa jurang usia,” katanya kepada Bernama. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×