Pelakon Jussie Smollett buat laporan palsu? - Utusan Malaysia

Pelakon Jussie Smollett buat laporan palsu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO 21 Feb. – Polis Amerika Syarikat (AS) semalam mendakwa seorang pelakon berbohong kepada pihak berkuasa mengenai menjadi mangsa serangan rasis dan anti-gay di jalan bandar berkenaan.

Jussie Smollett menghadapi tuduhan jenayah kerana memfailkan laporan polis palsu pada 29 Januari lalu apabila mendakwa dua orang lelaki bertopeng memukulnya pada lewat malam di pusat bandar Chicago sambil menghina berbaur perkauman dan homophobia.

Kejadian itu seolah-olah mengesahkan ketakutkan yang semakin meningkat di AS dan mendorong sokongan kepada pelakon tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun beberapa minggu kemudian, pelakon drama Empire tidak lagi disyaki menjadi mangsa dan kes kehakimannya dikendalikan dengan berhati-hati pada era pentadbiran Donald Trump.

“Tuduhan jenayah itu telah diluluskan Pejabat Peguam Negeri oleh Cook County terhadap Jussie Smollett kerana kelakuan tidak senonoh/membuat laporan polis palsu,” kata jurucakpa polis Chicago, Anthony Guglielmi dalam satu kenyataan semalam. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×