Kanak-kanak lima tahun maut didera bapa tiri - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lima tahun maut didera bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kanak-kanak berusia 5 tahun maut dipercayai akibat didera bapa tirinya di Kampung Padang Rumbia, Pekan dekat sini semalam.

Mangsa, Muhammad Hafiz Abdullah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Rumbia kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan, berkata, bapa tiri mangsa yang berusia 54 tahun bersama ibu kandungnya berumur 25 tahun kini ditahan untuk disiasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Othman berkata, pasangan tersebut membawa mangsa ke klinik bagi mendapatkan rawatan apabila kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan. Pemeriksaan awal di klinik mendapati ada kesan lebam di dada.

“Doktor juga mendapati ada kesan cucuh api (bara) rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam mata kanan serta luka kecil di kening kanan,” ujar Othman menerusi kenyataan kepada pemberita di sini pagi tadi.

Tambah beliau lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk dibedah siasat.

Mengulas berhubung siasatan awal ke atas suspek, Othman memberitahu, bapa tiri mangsa mengaku pernah memukul mangsa  di rumah mereka pada hari kejadian semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata Othman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×