Inovasi permainan gasing moden - Utusan Malaysia

Inovasi permainan gasing moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS 20 FEB. – GASING adalah satu permainan tradisional yang popular satu ketika dahulu. Pada masa sekarang gasing mungkin masih dimainkan di beberapa kawasan kampung sahaja.

Tidak dapat dinafikan ga­sing berpotensi untuk dilu­pakan generasi akan datang malah jika tiada inisiatif di­buat bagi mempertahankannya mungkin akan lenyap se­dikit masa lagi.

Bagi seorang pengusaha ga­sing di daerah ini, Mohd. Yunus Ismail sanggup melakukan beberapa inovasi terhadap gasing supaya dapat bertahan sebagai warisan dan produk sejati Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…
GASING inovasi mempunyai kepala lebih tinggi bertujuan membolehkannya
GASING inovasi mempunyai kepala lebih tinggi bertujuan membolehkannya 

Kira-kira empat tahun lalu, Mohd. Yunos membuat inovasi terhadap gasing tradisional dengan mengecilkan saiz dan memberikan warna untuk setiap gasing yang dihasilkan secara manual.

Kesemua gasing inovasi tersebut direka bercirikan ga­sing tra­disional dan dilakukan­nya di bengkel pembuatan gasing di sini. Ternyata gasing ciptaannya mendapat sambutan positif dalam kalangan masyarakat terutama anak muda.

“Apa yang membezakan ga­sing inovasi dengan gasing tradisional ialah cara permainan. Ga­sing inovasi dipusingkan pada papan atau gelanggang selain dipusing tanpa menggunakan tali. Ini berbeza dengan gasing tradisional yang dipusing menggunakan tali.

“Gasing inovasi juga mempunyai kepala yang lebih tinggi bertujuan membolehkannya dipegang dan dipusingkan menggunakan tangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, terdapat 12 bentuk gasing yang diubah suai seperti gasing helang, gasing muat, ga­sing bawang, gasing tenang, ga­sing mak Minah dan gasing timbalan setia.

“Terbaharu saya ada mencipta gasing yang dinamakan dan­cing ladies khusus untuk menarik minat kanak-kanak perempuan untuk mencuba permainan tersebut,” katanya.

Mohd. Yunus yang berpe­ngalaman 12 tahun dalam pembuatan gasing memberitahu, inisiatifnya mereka bentuk ga­sing moden disifatkannya sebagai satu tanggungjawab kepada negara.

Bekas pekerja telekomunikasi itu berkata, hanya memerlukan 30 minit untuk membuat tiga biji gasing bersaiz mini dengan menggunakan kayu jenis cengal, merbau dan leban.

“Bermula daripada ketulan kayu kemudian proses melarik dan membersihkannya, selepas itu permukaannya dilicinkan sehingga proses mewarna dapat dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×