Ronaldo beri kelebihan jumpa Atletico - Utusan Malaysia

Ronaldo beri kelebihan jumpa Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 20 Feb. – Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri berkata, memiliki Cristiano Ronaldo dalam pasukannya merupakan satu kelebihan kali ini dalam menghadapi Atletico Madrid untuk aksi pertama pusingan kedua Liga Juara Juara Eropah di laman lawan awal pagi esok.

Berbeza dengan musim sebelumnya, kehadiran Ronaldo yang berhijrah dari Real Madrid diakui Allegri memberi kelainan buat Juventus dalam menghadapi saingan yang lebih tinggi di peringkat Eropah ini.

“Adanya Ronaldo satu kelebihan buat kami tetapi jika kudrat dia seorang sahaja tidak cukup. Keseluruhan pasukan perlu memberikan persembahan yang mantap apabila memasuki peringkat yang penting seperti ini dan seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami perlu fokus esok terutama berdepan pasukan yang kompak seperti Atletico yang terkenal dengan gerakan taktikalnya,” kata Allegri yang sedang cuba membawa Juventus muncul juara musim ini selepas kali terakhir melakukannya pada 1996. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN