BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 FEBRUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 20 FEBRUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG pandang serius dakwaan ada dua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) yang mungkin merancang untuk menyingkirkan Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Mengenali Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang mendedahkan perkara itu, Awang yakin beliau tidak berhelah bila menyatakan Pas merasakan ada yang tidak kena dengan cara Dr. Mahathir bercakap mengenai sekutunya dalam PH.

Kerana itu Pas berikrar untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri semasa pertemuan dengan beliau yang dihadiri presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rentetan dari itulah Takiyuddin memperbetulkan dakwaan persetujuan bertulis ‘Pas tidak sokong UMNO’ itu sebenarnya adalah draf ikrar menyokong Dr. Mahathir jika terjadi undi tidak percaya parti-parti komponen PH terhadap negarawan itu.

Bagi Awang, ‘bibit-bibit’ mencetus isu undi tidak percaya itu sebenarnya dibangkitkan oleh Dr. Mahathir sendiri dua hari sebelum pertemuan dengan Abdul Hadi.

Ini apabila Perdana Menteri memberi amaran kepada parti-parti sekutunya dalam PH yang jika mereka membelot, beliau akan bertukar kepada parti lain.

Bukan rahsia umum lagi DAP dan PKR menentang kemasukan tujuh bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Bersatu selain beberapa isu lagi termasuk ‘PM ke-8’ yang kemelutnya masih menyelubungi PH.

AWANG – Semenyih makin ‘panas’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN