Tiada penipuan semasa debat - KPU - Utusan Malaysia

Tiada penipuan semasa debat – KPU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 19 Feb.– Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihanraya (KPU), Wahyu Setiawan menafikan dakwaan Timbalan Ketua Setiausaha (Wasekjen), Andi Arief yang me­ngaitkan badan itu dengan penipuan semasa penganjuran debat kedua Pilihan Raya Presiden (Pilpres), baru-baru ini.

Wahyu sebagaimana lapor Kompas.com menegaskan, tidak ada penipuan dilakukan pihak­nya semasa debat itu berlangsung seperti yang didakwa Andi menerusi laman Twitter beliau.

“Saya tidak faham, pembohongan apa yang dimaksudkan. Kalau dari sudut pelaksanaan debat, kami telah pastikan tidak ada penipuan berlaku,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Wahyu, proses pe­nganjuran debat dibuat secara terbuka.

Justeru katanya, orang awam dan pihak yang berkempen berpeluang untuk memantau seluruh penganjuran acara tersebut.

“Dari proses pemilihan lokasi, tempat duduk, isu berbangkit, pilihan soalan, semuanya diputuskan menerusi undian dan persetujuan calon presiden atau pihak yang berkempen. Itu jelas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pasukan Kempen Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno, Fadli Zon mencadangkan agar debat ketiga dianjurkan tanpa kehadiran ahli panel.

“Dari segi sistem penganjuran, ada peningkatan namun masih ada kelemahan.Nanti kita usulkan agar tidak lagi melibatkan ahli panel,” jelasnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya KPU, Viryan Aziz memberitahu, beliau akan berbincang dengan kedua-dua calon Pilpres tentang cadangan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×