Nicol gantung raket - Utusan Malaysia

Nicol gantung raket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David membuat kejutan apabila mengumumkan akan bersara daripada sukan itu pada Jun ini.

NICOL DAVID – FB Nicol David

“Saya berasa gembira dan teruja untuk berkongsi dengan semua orang bahawa saya akan bersara pada Jun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepada saya sepanjang 20 tahun ini dan sudah tiba masanya untuk menanti peluang baharu yang lebih mengujakan,” katanya yang dipetik daripada Facebook miliknya.

Bekas pemain No. 1 dunia itu pernah menjuarai Terbuka Dunia sebanyak lapan kali selain memenangi dua pingat emas di Sukan Komanwel pada 2010 di Delhi dan 2014 di Glasgow.

Nicol, 35, juga memenangi tujuh pingat emas bagi acara perseorangan dan berpasukan sepanjang tujuh penampilannya di Sukan Asia bermula pada edisi 1998. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×