Janji Zlatan - Utusan Malaysia

Janji Zlatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 19 Feb. – Penyerang Los Angeles Galaxy, Zlatan Ibrahimovic menetapkan cabaran luar biasa menjelang musim baharu Liga Bola Sepak Utama (MLS) apabila mahu mencatat rekod baharu.

Bintang berusia 37 tahun itu memberitahu mengenai perancangannya untuk menghadapi musim 2019 kepada penyokong ketika Los Angeles melancarkan jersi baharu pasukan tersebut.

“Musim ini saya akan memberikan sesuatu kepada anda. Saya akan memecahkan rekod MLS pada musim ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zlatan meledak 22 gol dan mencipta 10 gerakan gol dalam 27 perlawanan pada musim lalu sekali gus memberinya semangat untuk menghadapi musim baharu dengan harapan yang lebih tinggi diletakkan terhadap dirinya.

Galaxy akan melayan kunjungan Chicago dalam aksi pembukaan liga pada 2 Mac ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×