Lebih ramai suka duduk di bandar - Utusan Malaysia

Lebih ramai suka duduk di bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Populasi rakyat Malaysia yang menetap di kawasan bandar besar dijangka meningkat kepada 26 juta orang atau sebanyak 80 peratus menjelang tahun 2030 berbanding hanya 77 peratus ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, jumlah populasi yang besar itu akan memberikan pelbagai cabaran perbandaran kelak terma­suklah pelupusan sisa pepejal, aliran trafik, pencemaran udara, bekalan air terhad serta kekura­ngan perumahan mampu milik.

“Pertumbuhan yang akan datang itu juga akan menyebabkan sumber semakin terhad terma­suklah kawasan-kawasan tanah yang boleh diguna pakai bagi tujuan pembangunan bandar dan wilayah.

“Justeru, langkah-langkah se­perti projek penuaian air hujan perlu dimasukkan dalam ranca­ngan pembangunan pada masa hadapan agar air yang tidak diminum dapat digunakan sebaiknya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sewaktu merasmikan Malaysia Urban Forum di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×