Kemahiran bahasa Mandarin bukan prasyarat siswazah diterima bekerja - Utusan Malaysia

Kemahiran bahasa Mandarin bukan prasyarat siswazah diterima bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kemahiran berbahasa Mandarin bukan prasyarat bagi siswazah untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat-syarikat utama termasuk dalam bidang automatif di negara ini kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

“Setahu saya tiada prasyarat kepada siswazah perlu fasih bahasa Mandarin untuk bekerja dalam industri automotif apatah lagi jika syarikat itu berada di Malaysia.

“Jika graduan kita mahu bekerja di China itu lainlah, mungkin mereka memerlukan bahasa ketiga ini. Hal ini (prasyarat bahasa Mandarin) adalah salah dan sila laporkan kepada saya agar saya boleh bertemu dengan ahli lembaga syarikat itu bagi menjelaskan perkara tersebut,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syed Saddiq berkata demikian sebagai menjawab soalan peserta pada sesi dialog majlis siri Town Hall Menteri Belia dan Sukan yang dihadiri kira-kira 1,000 pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi sekitar Pahang di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.

Menteri itu berkata, fasih dalam bahasa berkenaan sebagai prasyarat untuk diambil bekerja dilihat tidak relevan di Malaysia yang memiliki masyarakat majmuk dan jika berlaku, ia perlu dihapuskan kerana boleh menjurus kepada diskriminasi kaum. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×