Ahli gimnastik pamer aksi lentur badan dalam pesawat - Utusan Malaysia

Ahli gimnastik pamer aksi lentur badan dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA, Austria – Tindakan seorang ahli gimnastik menunjukkan kebolehannya melentur badan semasa menaiki sebuah penerbangan telah mengejutkan ramai penumpang pesawat tersebut dan juga pengikutnya di Instagram.

Stefanie Millinger, 26, berkongsi satu rakaman video dia melakukan aksi luar biasa tersebut di tempat duduknya semasa dalam penerbangan dari Austria menuju ke Poland baru-baru ini.

Rakaman tersebut menunjukkan dia berdiri di atas kerusi dan melenturkan tubuh ke belakang sehingga kepalanya menyentuh belakang lutut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video tersebut telah tular dan ditonton lebih 270,000 kali di Instagram dengan rata-rata pengikutnya kagum dan tertanya-tanya sama ada itu kaedah terbaik untuk mengurangkan rasa lenguh mengharungi perjalanan jauh.

“Itu cara yang baik untuk meregangkan badan di tempat duduk pesawat,” kata seorang pengikut Millinger dalam Instagram. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×