BOGOTA 14 Feb. – Seorang lelaki berusia 30-an yang melakukan serangan seksual terhadap 276 kanak-kanak dan remaja di Colombia dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun, semalam.
Lapor AFP, mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap Juan Carloz Sanchez selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bawah umur serta menjual video itu kepada ‘rakan sekutunya’.
Tertuduh yang bergerak menggunakan nama samaran ‘Fierce Wolf’ dilaporkan mempedaya mangsa di pusat beli-belah di sekitar Barranquilla dengan menawarkan wang sebelum mengajak mereka menemaninya dan melakukan perbuatan terkutuk itu. AGENSI











