Agong terima Darjah Utama Seri Mahkota Negara - Utusan Malaysia

Agong terima Darjah Utama Seri Mahkota Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dikurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) di Istana Negara di sini.

Penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mewakili kerajaan.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ke majlis itu pada 3.30 petang ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, pada 15 Jan lalu dan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lalu.

Darjah kebesaran itu lazimnya diberikan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya serta orang paling dihormati.

Darjah kebesaran itu mempunyai lima komponen utama iaitu kalung, lencana darjah pada kalung, bintang darjah, selepang darjah dan lencana darjah pada selepang. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×