LONDON 2 Feb. – Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Joe Gomez tidak dapat kembali cergas sepenuhnya untuk bersama Liverpool dalam aksi pertama pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 19 Februari ini.
Ketiadaan Gomez dan Van Dijk yang digantung perlawanan untuk berdepan Bayern pada 19 Februari pastinya menyukarkan Liverpool di bahagian pertahanan.
Gomez yang sering digandingkan bersama Virgil van Dijk mengalami kecederaan ketika Liverpool menentang Burnley pada 5 Disember lalu.
“Masih tiada lagi tarikh buat Gomez kembali cergas. Saya berpendapat dia tidak akan berdepan Bayern dan mungkin dia akan kembali ke skuad utama selepas itu.
“Sementara Trent pula sudah kembali pulih dan saya berharap dia dapat berlatih bersama pasukan pada minggu hadapan,” kata Klopp.
Klopp juga mengesahkan bahawa Trent Alexander Arnold akan kembali menjalani latihan penuh pada minggu depan namun mungkin tidak dapat diturunkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris seterusnya menentang West Ham.- AGENSI











