Kerajaan lancar NACP perangi rasuah - Utusan Malaysia

Kerajaan lancar NACP perangi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 adalah satu pernyataan yang tegas daripada kerajaan iaitu pesalah yang lepas ‘telah dan sedang kita kejar’ dan ‘akan kita hukum’, manakala perasuah sekarang dan masa hadapan akan berdepan dengan tindakan yang lebih tegas.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelan itu juga adalah satu bukti bahawa tindakan yang diambil terhadap perasuah-perasuah yang lepas bukanlah satu tindakan berlandaskan dendam atau benci.

“Ianya satu tindakan yang diambil kerana kerosakan yang mereka lakukan kepada negara amat besar dan tidak boleh dibiar­kan supaya sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah seperti mereka tidak akan dibiarkan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas,” katanya ketika me­lancarkan NACP 2019-2023 itu di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini