Tragedi empangan runtuh: 5 ditahan - Utusan Malaysia

Tragedi empangan runtuh: 5 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO 29 Jan. – Tiga kakitangan syarikat lombong bijih besi, Vale SA dan dua jurutera yang bekerja bagi pihak syarikat itu ditahan susulan tragedi empa­ngan runtuh yang mengorbankan puluhan nyawa pada Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Vale memaklumkan sedang bekerjasama dengan pasukan penyiasat.

Tragedi itu membuatkan pelbagai pihak melahirkan rasa marah selain menimbulkan persoalan baru mengenai komitmen Vale terhadap keselamatan selepas runtuhan empangan yang sama di lombong miliknya tiga tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua pengurus kanan Vale di lombong Corrego do Feijao – empangan runtuh pada Jumaat lalu, antara mereka yang ditangkap, menurut keputusan hakim tempatan.

Individu ketiga dalam Vale yang turut ditahan tidak dinyatakan jawatannya.

Dua jurutera lain, yang be­kerja bagi pihak Vale dan dituduh membuktikan keselamatan empangan itu, ditahan di Sao Paulo.

Penyiasat Minas Gerais mengeluarkan sejumlah lima waran tangkap dan tujuh waran pencarian, kerana disyaki membunuh, memalsukan dokumen dan jenayah alam sekitar, me­nurut keputusan hakim.

Semalam, anggota bomba di Minas Gerais mengesahkan angka kematian meningkat kepada 65 orang manakala 279 lagi yang masih hilang dilihat tipis untuk ditemukan hidup selepas empangan tersebut runtuh.

Pemangku Presiden Brazil, Hamilton Mourao berkata, pasu­kan bertindak bencana kerajaan sedang melihat sama ada terdapat keperluan pertukaran pe­ngurusan tertinggi Vale.

Dana pencen sektor awam yang mempunyai beberapa kerusi dalam lembaga pengarah syarikat perlombongan yang membolehkan kerajaan memberi kuasa membuat keputusan strategik.

“Persoalan tentang pengurusan syarikat Vale sedang dikaji kumpulan krisis. Kita tidak pasti jika kumpulan tersebut boleh membuat cadangan berkenaan,” kata Mourao yang bertindak sebagai pemangku Presiden selepas Presiden Jair Bolsonaro menjalani pembedahan.

Saham syarikat Vale yang merupakan pengeluar bijih besi dan nikel terbesar di dunia semalam merosot 24.5 peratus hingga menyebabkan kerugian AS$19 bilion (RM78 bilion).

Firma undang-undang Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman kepada syarikat berkenaan di New York yang ingin­ mendapatkan semula kerugian pelaburan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini