Sasar perolehan koperasi RM55 bilion - Utusan Malaysia

Sasar perolehan koperasi RM55 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kementerian Pembangunan Usahawan menyasarkan koperasi berdaftar seluruh negara akan menghasilkan perolehan RM55 bilion menjelang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, sasaran itu mampu dicapai sekiranya koperasi berdaftar mempelbagaikan lagi skop pendapatan kepada beberapa bidang lain seperti pertanian dan logistik.

“Koperasi mempunyai asas yang kuat. Kalau kita lihat di seluruh dunia, gerakan koperasi ini menjadi penyumbang utama untuk membangunakan ekonomi negara melalui sektor industri kecil dan sederhana (IKS).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Angkasa perlu memainkan peranan untuk mendedahkan ahlinya kepada pelbagai sektor perusahaan yang lain bagi membolehkan perkara ini dicapai” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan amanat kepada pemimpin koperasi dan merasmikan pelancaran portal MyAzZahra di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Timbalannya, Datuk Kamaruddin Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×