Sunway Property sasar jualan RM1.3 bilion - Utusan Malaysia

Sunway Property sasar jualan RM1.3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sunway Property menyasarkan jualan berjumlah RM1.3 bilion dan pelancaran projek baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM2 bilion bagi tahun kewangan 2019.

Pengarah Urusan Bahagian Hartanah Sunway Bhd., Sarena Cheah berkata, pihaknya bakal melancarkan projek baharu bernilai RM1 bilion di Singapura manakala projek bernilai RM1 bilion di dalam negara.

Menurut beliau, antara projek yang bakal dilancarkan ialah pembangunan kediaman bertingkat di Sunway Velocity TWO dan Sunway Avila di Lembah Klang, masing-ma­sing dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM300 juta dan RM230 juta serta Sunway Onsen Suites di Ipoh bernilai RM130 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sunway Property juga bakal me­lancarkan pembangunan kediaman Brookvale Park, Clementi di Singa­pura dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM1 bilion.

“Kami yakin pelancaran baharu ini akan mendapat sambutan baik memandangkan lebih 70 peratus daripadanya melibatkan pembangunan bandar baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media berhubung perkembangan terbaharu perniagaan Sunway Property di Galeri Jualan Sunway Velocity TWO di sini semalam.

Syarikat turut melancarkan skim pemilikan kediaman Super 5 yang disasarkan dapat menurunkan jumlah unit tidak terjualnya yang kini bernilai RM400 juta.

Skim berkenaan memiliki lima ciri utama, antaranya ia membolehkan pembeli membayar RM5,000 untuk memiliki rumah dengan pelan ansuran fleksibel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini