Bekas ADUN DAP didakwa - Utusan Malaysia

Bekas ADUN DAP didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 24 Jan. – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN­) dari DAP, Loh Chee Heng, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM33,380 bagi program kemasyarakatan, empat tahun lalu.

Chee Heng bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, dia yang ketika itu ADUN Telok Datok didakwa menggunakan dokumen Kelulusan Pengeluaran Peruntukkan dan Kertas Kerja mengenai program Sambutan Hari Guru Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datok yang mengandungi butiran palsu iaitu permohonan pengeluaran peruntukan berjumlah RM13,380.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi pertuduhan kedua pula, Chee Heng didakwa menggunakan dokumen sama mengenai program Pesta Tanglong Tahun 2015 yang membabitkan permohonan peruntukkan RM20,000.

Kedua-dua program itu didapati tidak dilaksanakan dan kesemua perbuatan tersebut dilakukan di Pejabat Daerah Kuala La­ngat pada 8 Jun dan 23 September 2015.

Pendakwaan terhadap Chee Heng dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit ke­salahan.

Mohd. Sabri kemudian membenarkan ikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini