Pesawah Parit 6 rugi akibat serangan penyakit BPB - Utusan Malaysia

Pesawah Parit 6 rugi akibat serangan penyakit BPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 24 Jan. – Sudahlah padi merupakan punca tunggal kepada pendapatan keluarga, tetapi kini tanaman yang diusahakan itu pula diserang penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) menyebabkan hasil tanaman rosak teruk.

Usahkan bermimpi untuk mendapat hasil daripada tanaman padi, kini setiap pesawah di kawasan Parit 6, di sini, ter­paksa menanggung rugi se­ku­rang-kurangnya RM2,000 se­orang akibat padi yang dita-nam semuanya tidak menjadi.

Seorang pesawah, Johari Unit, 60, memberitahu akibat serangan BPB, tanaman padi seluas 6.3 hektar yang usahakannya kali ini mengalami kemerosotan hasil mendadak menyebabkan dia kerugian lebih RM2,000.

Katanya, meskipun jumlah RM2,000 itu mungkin tidak besar tetapi bagi golongan pesawah sepertinya yang bergantung penuh kepada hasil padi, kerugian sebegitu merupakan tamparan hebat untuk mereka.

“Serangan penyakit itu me-rupakan pertama kali melanda tanaman padi kawasan ini. Ia menyebabkan daun dan tangkai pokok padi rosak seperti terdapat kesan warna bintik perang dan buah padi menjadi terencat.

“Akibatnya daripada 6.3 hektar padi yang diusahakan, saya hanya mendapat hasil kurang enam tan metrik sahaja berbanding purata lapan tan metrik pada sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Johari berkata, dia mungkin sedikit bernasib baik kerana ada petani yang cuma mendapat hasil kurang satu tan metrik, menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian lebih besar.

Sementara itu, seorang lagi pesawah, Napiah Idris, 59, berharap petani yang mengalami kerugian akibat serangan BPB mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan.

Jelasnya, pembelaan itu perlu kerana kos tanaman sahaja sudah RM3,000 dan jika hasil padi merosot, para petani terpaksa ikat perut.

“Semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, nasib pesawah sentiasa dibela, kita mohon agar perkara tersebut diteruskan oleh kerajaan sekarang ke-rana kami ini golongan miskin yang hanya bergantung hidup kepada hasil padi sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×