Wanita mampu berjaya dalam gerakan koperasi - Utusan Malaysia

Wanita mampu berjaya dalam gerakan koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 24 Jan. – Peningkatan bilangan ko­perasi wanita yang menjana pendapatan lebih RM10 juta sebulan membuktikan golongan itu mempunyai kesedaran tinggi untuk berjaya dalam kegiatan gerakan koperasi.

Presiden Angkatan Kopera­si Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 229 buah koperasi wanita, 27 koperasi ibu tunggal dan sembilan koperasi puteri dengan keahlian lebih 20,000 ahli.

Beliau berkata, menerusi pelbagai aktiviti perniagaan dan perkhidmatan, koperasi-koperasi tersebut berjaya memperoleh penda­patan kira-kira RM10 juta sebulan.

“Bagaimanapun, ahli lembaga koperasi wanita perlu terus melakukan transformasi secara berstruktur, sistematik dan komprehensif bagi menjana lebih keuntungan sekali gus memberi faedah kepada ahlinya,” kata­nya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Wa­nita Lipis di sini hari ini.

Menurut Abdul Fattah, gerakan koperasi boleh dijadikan platform kepada bumiputera khususnya wanita Melayu untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi mereka.

Katanya, koperasi adalah alternatif terbaik pilihan wanita selaku ‘pengurus rumah tangga’ bagi memperbaiki taraf ekonomi dan sosial keluarga.

“Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan gerakan koperasi kerana mendapat duku­ngan kuat pihak kerajaan melalui agensinya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×