Gadis tabah tanggung derita keluarga - Utusan Malaysia

Gadis tabah tanggung derita keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 24 Jan. – Menitis air mata seorang anak gadis apabila mengenangkan derita yang datang bertimpa-timpa ke atas keluarganya.

Bagi Farida Hamimi Zulkarnain, 26, dia kini menjadi harapan untuk menjaga bapa, Zulkarnain Mohamad, 57, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dan abang sulung, Muhammad Shahir Bukti Zulkarnain, 31, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Sebelum ini, dia turut menjaga ibunya, Zaiton Jaafar, 58, yang menghidap penyakit kan-ser rahim

FARIDA HAMIMI ZULKARNAIN
FARIDA HAMIMI ZULKARNAIN 

sejak Jun tahun lalu, namun wanita itu meninggal dunia Isnin lalu.

Menurut Farida Hamimi, le­bih menyukarkan keadaan kerana dia bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Bandar Sri Sendayan, Seremban yang terletak kira-kira 80 kilometer dari rumahnya di Kampung Kuala Jempol di sini.

“Saya terpaksa berulang alik setiap hari ke Seremban. Sebelum bertolak dengan menunggang motosikal ke tempat kerja pada pukul 6.30 pagi, saya perlu menyediakan makanan dan memastikan keadaan ayah dalam keadaan baik.

“Kebiasaannya, saya akan pulang pada waktu malam dan perlu menguruskan rumah dan bapa,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini baru-baru ini.

Menurut Farida Hamimi, abangnya yang banyak membantu keluarga sebelum ini terlibat dalam kemalangan pada awal bulan ini sehingga me­ngakibatkan pinggang dan ta­ngannya patah.

“Dulu dia yang banyak membantu saya menjaga emak dan ayah apabila saya keluar be-kerja. Sekarang saya perlu ambil alih semua tugas. Adik-beradik lain bekerja jauh dari sini dan telah memiliki keluarga sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik ini.

Menurutnya, dalam masa yang sama dia juga perlu memikirkan perbelanjaan adik bongsunya yang sedang mengikuti pengajian di sebuah universiti di Selangor.

Orang ramai yang ingin me-nghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun atas nama Farida Hamimi bernombor 01506000110960 (RHB Bank) atau menghubungi talian 017-3017 934.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×