Wujud peniaga buat tuntutan palsu bayatan balik GST - Utusan Malaysia

Wujud peniaga buat tuntutan palsu bayatan balik GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan palsu bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah Operasi, Bahagian Cukai Dalam Negeri Zon Tengah, JKDM Datuk Ahmad Maher Abd. Jalil berkata, kebanyakan peniaga yang terlibat dalam aktiviti ini adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Mereka (peniaga) ini akan menghantar penyata (palsu) kepada pihak kastam bagi membolehkan bayaran balik GST dibuat kepada mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan kesan pemilik syarikat serta dalang yang terlibat dalam (kegiatan ini),” katanya kepada pemberita ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya kini lebih berhati-hati dalam melaksanakan proses bayaran balik cukai GST kepada peniaga.

“Pihak kami telah laksanakan dua ketetapan iaitu mengadakan lawatan ke syarikat yang membuat tuntutan bagi memastikan syarikat itu wujud.

“Selain itu, bagi tuntutan yang jumlahnya besar iaitu jutaan ringgit, syarikat mereka akan diaudit terlebih dahulu” katanya. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×