Media berkumpul, menanti ketibaan Raja-Raja Melayu - Utusan Malaysia

Media berkumpul, menanti ketibaan Raja-Raja Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengamal media tempatan mula berkumpul di hadapan pintu masuk utama Istana Negara, bagi menantikan ketibaan raja-raja Melayu yang dijadual menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.

Puluhan wartawan dan jurugambar dari pelbagai agensi media sudah berkumpul di sini, sejak 7 pagi lagi.

Mesyuarat khas berkenaan dijadual berlangsung pada 10.30 pagi berikutan pengumuman peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 6 Januari lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga jam 9 pagi tadi, anggota polis turut dilihat giat membuat persiapan bagi menyambut ketibaan raja-raja dengan mengawal aliran trafik serta menyusun kon keselamatan.

Cuaca baik sejak pagi namun agak panas tidak menghalang pelancong asing untuk melawat Istana Negara yang menjadi satu destinasi pelancongan popular negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×