UTeM anjur Gift from Gamers bantu warga tua - Utusan Malaysia

UTeM anjur Gift from Gamers bantu warga tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN. Seramai 32 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyertai program Gift from Gamers anjuran Kelab Sekretariat Rakan Muda UTeM bagi mengumpul dana untuk membantu warga Rumah Seri Kenangan, Cheng, Melaka baru-baru ini.

Pengarah program itu, Adri Aflah Shahrin Amri berkata, hasil daripada yuran pertandingan selain tajaan daripada C-Titan e-Sport Center digunakan bagi membeli keperluan asas untuk penghuni pusat jagaan tersebut.

“Program begini telah menjadi medan kepada golongan mahasiswa bagi berkongsi kasih sayang dan saling menghargai warga tua serta berjaya mewujudkan barisan mahasiswa yang prihatin kepada segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM, Misdom Lan pula berkata, program yang dianjurkan oleh mahasiswa tersebut antara lain dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab Sekretariat Rakan Muda, Kelab e-Sport UTeM dan juga mahasiswa yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×