MOM dijangka lantik dua timbalan ketua kontinjen Sukan SEA - Utusan Malaysia

MOM dijangka lantik dua timbalan ketua kontinjen Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijangka melantik dua timbalan ketua kontinjen Malaysia bagi membantu Chef de Mission (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin pada Sukan SEA Filipina 2019, November ini.

Sukan SEA 2019 dijadual berlangsung di empat kluster – Manila, Clark, Subic dan BLT (Batangas, La Union dan Tagaytay) dari 30 November hingga 11 Disember ini.

Megat Zulkarnain berkata, Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria telah menyatakan persetujuan dengan cadangan pelantikan dua timbalan CDM termasuk seorang wanita yang mempunyai pengalaman di persada sukan antarabangsa.

Bagaimanapun, cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MOM dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Sukan SEA 2019, di sini hari ini.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina 2019 (PHILSGOC) kepada wakil daripada 40 persatuan sukan kebangsaan.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain berkata, beliau akan mengadakan lawatan ke beberapa venue latihan di seluruh negara bermula bulan depan bagi melihat sendiri persiapan atlet negara menghadapi Sukan SEA 2019. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×