Undi PH dijangka merosot - Utusan Malaysia

Undi PH dijangka merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENUJU saat akhir kempen Pi­lihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, kempen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan semakin rancak.

Hampir kesemua pemim­pin utama kedua-dua parti kini berada di Cameron Higlands malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kembali semula membantu kempen BN selama dua hari sejak semalam setelah berada di sini, minggu lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pula dijadual menggunakan hari terakhir tempoh berkempen pada Jumaat ini untuk bertemu pengundi namun hanya di kawasan DUN Jelai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan keadaan semasa, sokongan terhadap BN dilihat semakin meningkatkan dan diramal berpeluang cerah mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Malah undi BN juga dijangka meningkat berbanding 597 majoriti yang dimenangi calon BN, Datuk C. Sivarrajh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.

Hal ini disebabkan Pas tidak meletakkan calonnya da­lam PRK kali ini, bermakna undi untuk Pas dalam PRU-14 akan diberikan kepada calon BN, Ramli Mohd. Nor.

Dalam PRU-14 lalu, calon Pas bagi kerusi Parlimen iaitu B. Suresh Kumar mendapat 680 undi. Calon Pas bagi DUN Jelai pula, Abdul Karim Nor mendapat 2,351 manakala calon parti itu di DUN Tanah Rata, Datuk S. Kumar menerima 600 undi.

Undi BN dijang­ka meningkat di DUN Jelai, bukan sahaja disebabkan kerjasama erat kedua-dua parti terbesar mewakili orang Melayu dan Islam itu tetapi ekoran rasa tidak puas hati rakyat terutama peneroka Felda terhadap kerajaan PH serta pengundi Orang Asli yang sudah tentu mahukan wakil rakyat daripada kaum mereka sendiri.

Begitupun secara keseluruhan, pengundi Cina dilihat tidak akan mengubah soko­ngan mereka terhadap PH khususnya di DUN Tanah Rata.

Namun undi Cina untuk PH di kawasan Tanah Rata dijangka sedikit merosot kerana pengundi luar dijangka tidak pulang untuk mengundi pada Sabtu ini berbanding semasa PRU-14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×