Komposer, arranger dan penyanyi Bisa Pertama tampil Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Komposer, arranger dan penyanyi Bisa Pertama tampil Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Awal Disember lalu, lagu berjudul Bisa Pertama dilancarkan serentak dengan majlis pra-dengar dan muzik videonya di sebuah hotel di ibu negara.

IZZMAD HARUN
IZZMAD HARUN 

Lagu Bisa Pertama ini ciptaan seorang insan yang bukan nama besar dalam industri muzik tanah air tetapi berjiwa besar dan mengetahui lagu ciptaannya itu mempunyai nilai komersial, diberi sentuhan oleh seorang insan lain yang berpengalaman dalam bidang muzik bagi memperkemaskan lagi melodi Bisa Pertama.

Lagu Bisa Pertama merupakan single ke-11 didendangkan oleh penyanyi lelaki ini. Antara judul single yang telah dirakamkannya ialah Bulan Bintang, Selalu Di Jiwa, Nilai Kasih, Baju Raya Eksklusif, Sahabatku, Inilah Cinta, Saat Ini dan Saat Kau Jauh.

Single terbaharu berjudul Bisa Pertama ini bolehlah dianggap sebagai rezeki apabila dijodohkan dengan penyanyi lelaki yang berasal dari Teluk Intan dan telah lima tahun bergelut di persada seni tanah air untuk menonjolkan diri dan bakatnya sebagai anak seni.

Mereka yang dimaksudkan di sini ialah Bayeng Black (komposer), Hadi Hassan (music arranger) dan Izzmad Harun (penyanyi) yang dipertemukan untuk berkolaborasi bersama-sama bagi memastikan lagu berjudul Bisa Pertama ini bukan sahaja diterima pendengar, penggemar muzik dan peminat tetapi juga diputarkan di corong-corong radio.

Hampir dua bulan selepas pelancaran Bisa Pertama, Jom Chat mengundang ketiga-tiga individu ini untuk mempromosikan lagu yang menyimpan kisahnya tersendiri, sebuah lagu yang didendangkan dengan air mata si penyanyi berjurai, lagu yang menyentuh perasaan untuk berjalan terus dalam rangka promosi Bisa Pertama.

Secara live di Facebook Utusan Online, 9 malam ini, para penonton segmen hiburan bual santai Jom Chat yang dihoskan oleh Apak, tidak harus terlepas untuk menyaksikannya kerana perjalanan Izzmad, Bayeng dan Hadi di atas lantai yang sama, ada kalanya tersadung dan menyentak hati. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×