Peluang tonton aksi Nwakaeme, Ze Love malam ini - Utusan Malaysia

Peluang tonton aksi Nwakaeme, Ze Love malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Penyokong setia Tok Gajah berpeluang menyaksikan aksi sulung dua penyerang import baharu menjelang perlawanan persahabatan pra musim menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), di sini malam ini.

Penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme bersama gandingannya, Ze Love dari Brazil akan diturunkan pada perlawanan tersebut. 

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, stadium tersebut dijangka dipenuhi oleh para penyokong yang ingin melihat kelibat Nwakaeme dan Ze Love.

“Ini adalah peluang terbaik malah ditunggu-tunggu oleh rakyat Pahang terutamanya kelibat Nwakaeme yang telah membuktikan kehebatannya bersama Tok Gajah pada 2014 dan 2015.

“Penyokong juga dapat melihat aksi dua lagi pemain import baharu iaitu Saddil Ramdani dari Indonesia dan Herold Goulun (Perancis),” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Perlawanan malam ini juga merupakan persiapan terakhir sebelum skuad Tok Gajah mengumumkan senarai semua pemain yang dijangka diadakan pada Ahad ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×