PH akui guna aset kerajaan - Utusan Malaysia

PH akui guna aset kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 23 Jan. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini mengakui parti itu menggunakan aset kerajaan bagi berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah menggunakan jentera dan aset kerajaan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Katanya, perkara  itu sepatutnya sudah jelas dan bertepatan dengan polisi kerajaan Pusat yang ketika ini diterajui Pakatan Harapan (PH).

“Salah tetap salah. Kita  sudah bagi peringatan supaya semua aset kerajaan tidak digunakan atau disalahguna dalm PRK Cameron Highlands.

“Kita cuba untuk elakkan semua bentuk kontroversi. Macam  saya hari ini pun datang dengan kenderaan sendiri, cuma disebabkan saya ada jawatan lain (Timbalan Perdana Menteri), jadi adalah polis yang mengiringi (kenderaan).

“Itu pun saya cuba jarakkan kenderaan dengan kumpulan pengiring,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Makan Tengahari Bersama Penduduk Kampung Keledek, dekat sini, hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×