3 positif malaria knowlesi di Kuantan - Utusan Malaysia

3 positif malaria knowlesi di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 23 Jan – Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan terdapat tiga pemancing yang dijangkiti malaria semasa memancing di Sungai Lembing dekat sini baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, ketiga-tiga mereka dirujuk dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


“Semakan mendapati mereka dijangkiti malaria knowlesi iaitu dari haiwan kepada manusia seperti dipindahkan daripada monyet dijangkiti kepada nyamuk dan kemudian dipindahkan pula kepada manusia.


“Namun ia jarang melibatkan wabak yang teruk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau ditanya tentang mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp mengatakan empat daripada lima pemancing yang memancing di Sungai Lembing didapati positif malaria. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×