Osaka mudah ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Osaka mudah ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 23 Jan. – Pemain sensasi wanita Jepun, Naomi Osaka mudah melayakkan diri ke separuh akhir tenis Terbuka Australia selepas menundukkan pemain Ukraine, Elina Svitolina 6-4, 6-1 di suku akhir di sini sebentar tadi.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2018 itu ternyata terlalu kuat buat Svitolina yang gagal memberikan tentangan bermakna sepanjang perlawanan. Osaka kini di landasan untuk membuat pertemuan ulangan dengan pemain yang ditewaskannya di final Terbuka AS tahun lalu iaitu Serena Williams.

Pilihan keempat kejohanan Grand Slam di sini bagaimanapun perlu menunggu aksi Serena menentang pemain Republik Czech, Karolina Pliskova terlebih dahulu dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini untuk menentukan pemain mana yang akan ditemuinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×