Cubaan pertama menaikkan SUV dari laut hari ini tidak berjaya - Utusan Malaysia

Cubaan pertama menaikkan SUV dari laut hari ini tidak berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Jan. – Usaha menaikkan SUV Mazda CX-5 yang terjunam ke dalam laut kira-kira pukul 5 petang tadi sekali lagi gagal selepas tali yang dipasang pada badan kenderaan itu terputus.

Menurut jurucakap pasukan mencari dan menyelamat (SAR), tali itu tercabut ketika cuba ditarik menggunakan kabel daripada tren dari atas Jambatan Pulau Pinang.

Katanya, kabel itu sepatutnya dimasukkan ke dalam cangkuk tali yang diikat pada badan SUV tersebut namun tercabut selepas beberapa minit ditarik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ini penyelam turun sekali lagi bagi memasang cangkuk pada tali yang diikat pada kenderaan itu supaya boleh ditarik semula menggunakan kabel kren.

“Kerja-kerja itu mungkin mengambil masa mengambil kira keadaan arus di dalam laut namun para penyelam sedang berusaha sebaik mungkin supaya kenderaan itu dapat dinaikkan segera,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Semalam, kenderaan yang terjunam ke laut selepas terbabit kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang awal pagi kelmarin juga tidak berjaya dinaikkan meskipun lokasinya ditemukan kira-kira pukul 4 petang.

Kenderaan itu ditemukan pada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang iaitu kira-kira 15 meter dari tempatnya tercampak pada kedalaman 15 meter. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×