Ketua unit pentadbiran dan kewangan agensi kerajaan ditahan - Utusan Malaysia

Ketua unit pentadbiran dan kewangan agensi kerajaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Seorang ketua unit pentadbiran dan kewangan agensi kerajaan di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu yang dianggarkan bernilai lebih RM9,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan pada pukul 2 petang di Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai.

Jelas sumber, siasatan awal mendapati suspek tersebut telah mengemukakan tiga tuntutan yang bernilai lebih RM9,000 bagi kerja-kerja pencetakan dan peralatan pejabat kepada agensi berkenaan sedangkan kerja-kerja dan peralatan tersebut tidak dibekalkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Seberang Perai.

“Beberapa lagi individu sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama. Suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abduulah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×