Isu gaji Liga M memalukan - Utusan Malaysia

Isu gaji Liga M memalukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan, kes tunggakan gaji pada Liga Malaysia (Liga M) mencatatkan rekod tertinggi di Asia selepas keseluruhannya melibatkan 262 kes dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Kes itu merangkumi tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan melibatkan lapan hingga 10 pasukan musim ini bermula 2016 sehingga 2018.

Jumlah tersebut mungkin lebih tinggi jika mengambil kira beberapa dakwaan kes tunggakan gaji lain yang belum dikemukakan kepada FAM.

Stuart memberitahu, FAM mengambil langkah serius menangani masalah tersebut dengan menyekat geran tahunan pasukan-pasukan yang gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji sebelum pertengahan bulan depan.

“Kita akan gunakan wang deposit dan geran tahunan untuk selesaikan masalah tunggakan gaji melibatkan 262 kes itu. Jumlah tersebut merupakan rekod tertinggi di Asia,” katanya sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×