BANGKOK 20 Jan. – Pemimpin baharu Barisan Revolusi Nasional (BRN), Sama-ae Kho Zari dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan bersenjata ke atas sebuah kuil yang mana telah membunuh dua sami manakala dua lagi cedera di Sungai Padi, Narathiwat pada Jumaat lalu.
Bangkok Post melaporkan, sumber Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Wilayah 4 mendedahkan serangan tersebut dibuat bagi menunjukkan keupayaan Sama-ae, 60, dalam menerajui BRN selepas dilantik akhir tahun lepas.
“Serangan tersebut seolah-olah amalan biasa bagi pemimpin baharu yang dipercayai dilakukan untuk mendapatkan kepercayaan daripada ahlinya,” kata sumber kepada Bangkok Post semalam. -AGENSI










