KPKT buka tender pembelian baju kalis api Rabu ini - Utusan Malaysia

KPKT buka tender pembelian baju kalis api Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuka tender bagi pembelian baju kalis api untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Rabu (23 Januari) ini.

Menterinya, Zuraida Kamarudin berkata ia satu keperluan memandangkan banyak baju kalis api tidak menepati standard yang dibenarkan untuk kegunaan ketika operasi.

“Walaupun ketetapan ketika ini hanyalah 6,000 baju kalis api tapi saya akan minta (dengan kabinet) untuk menaikkan jumlah itu kepada 9,000 helai.

“Kita mesti ada stok sekiranya ada baju kalis api yang rosak. Perancangan perlu mengambil kira rancangan jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Pasukan Bomba Sukarela Marin (PBSMarin), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Balai Bomba Sukarela Marin, Tok Bali di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Amer Yusof dan Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×