2 kematian akibat denggi - Utusan Malaysia

2 kematian akibat denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Jan. – Sebanyak dua kematian akibat denggi dicatatkan pada minggu kedua 2019, peningkatan satu kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahudeen Abd. Aziz berkata, kematian itu membabitkan kes di daerah ini dan Batu Pahat. 

“Sebanyak 516 kes denggi telah dicatat di seluruh negeri bermula 30 Disember 2018 hingga 12 Januari lalu, peningkatan sebanyak 84.3 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. 

“Daerah tertinggi mencatat kes denggi adalah Johor Bahru, diikuti Kulai, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi, Tangkak, Kluang, Mersing, Muar dan Segamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×