Ujian getir menanti pemain muda - Utusan Malaysia

Ujian getir menanti pemain muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters menjadi medan ujian buat pemain muda negara khususnya dalam mendepani cabaran kelayakan Sukan Olimpik yang bermula, Mei ini.

Ketiadaan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dalam edisi kali ini akan membuka ruang kepada barisan pemain muda negara khususnya perseorangan lelaki bagi menguji kemampuan untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan besar seperti Malaysia Masters.

Sudah pasti dalam edisi kali ini, tumpuan terarah kepada Lee Zii Jia yang menjadi satu-satunya pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang akan beraksi di dalam acara perseorangan lelaki bersama dua lagi pemain bebas, Liew Daren dan Chong Wei Feng.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun terpaksa bermula daripada kelayakan, namun, pemain berusia 21 tahun itu optimis mencapai sasaran awal layak ke undian utama sebelum meneruskan sasaran mara ke separuh akhir atau final.

Menyedari cabaran sukar bakal dihadapinya, pemain itu tidak mahu terlalu memikirkan persepsi orang ramai, sebaliknya mahu me­ngejar impian men­cipta keputusan positif untuk men­cerahkan laluan ke kelompok 32 pemain terbaik menjelang April ini, bagi menyertai kejohanan bertaraf 750 dan 1,000 sete­rusnya mengumpul mata kelayakan Olimpik.

“Memang kalau boleh saya mahu pergi lebih jauh dalam kejohanan ini, tetapi bukan senang kerana rata-rata pemain utama dunia berada di sini.

“Kalau dilihat tumpuan kini ke arah saya tetapi saya tidak kisah, tak perlu fikir sangat mengenai perkara ini, hanya masuk ke gelanggang dan main sebaik mungkin untuk dapatkan keputusan baik,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena di sini, hari ini.

Zii Jia bakal berdepan cabaran Zhou Zeqi dari China di pusingan kelayakan pertama dan kemudian jika mara dia akan bertemu pemenang di antara Zhou Junpeng dan Sitthikom Thammasin.

Seandainya berjaya ke undian utama, dia akan berdepan cabaran daripada pemain pusingan kelayakan sama ada Vincent Wong, Ajay Jayaram, Subhankar Dey atau Tanongsak Saensomboonsuk.

Pemain muda lain yang turut beraksi ialah Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying (perseora­ngan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chen Tang Jie-Peck Yin Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (beregu campuran) serta Anna Cheong-Teoh Mei Xing (beregu wanita).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN