JAKARTA 13 Jan. – Ahli politik Aceh dari Parti Nasional Demokrat, Teuku Taufiqulhadi mendakwa penduduk di wilayah tersebut terpaksa membawa pasport bagi membeli tiket penerbangan pada harga yang lebih murah dan keadaan itu tidak seharusnya berlaku.
Detik News melaporkan, penduduk Aceh kini berlumba-lumba membuat pasport dan selepas mendapatkannya, mereka boleh pergi Jakarta menerusi Malaysia.
Hal ini kerana, tiket penerbangan akan menjadi lebih mahal sekiranya mereka terbang terus dari Aceh ke Jakarta. – AGENSI










