Anak pengarah ditahan disyaki subahat - Utusan Malaysia

Anak pengarah ditahan disyaki subahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 9 Jan. – Anak seorang pengarah perkhidmatan awam di negeri ini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini kerana disyaki bersubahat dengan bapanya berhubung pemberian projek kepada syarikat miliknya sendiri.

Perintah tahanan reman itu diperoleh Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi hari ini.

Penahanan suspek yang ber­usia 27 tahun itu adalah susulan tangkapan dan penahanan bapanya yang ditahan reman semalam kerana dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa.

Menurut sumber, suspek dipercayai bersubahat de­ngan bapanya yang merupakan seorang pengarah di jabatan perkhidmatan awam bagi mencadangkan syarikat miliknya sendiri untuk Sistem Kelas Tabika Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa penilaian Sebut harga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS membabitkan nilai RM45,472.

Suspek yang merupakan seorang eksekutif di sebuah agensi kerajaan di Perak telah ditahan pada pukul 10.30 pagi semalam di Ipoh, Perak untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×