Kumpulan Premier Plus beri bantuan persekolahan - Utusan Malaysia

Kumpulan Premier Plus beri bantuan persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEMBIRA. Seramai 200 orang pelajar sekolah dari keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh daerah Pekan, Pahang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada sebuah syarikat ejen hartanah dan konsultansi iaitu Kumpulan Premier Plus.

Program sumbangan untuk pelajar Tahun Satu hingga Tahun Enam diadakan di Dewan Kelab Golf Diraja Pekan, Pekan, Pahang baru-baru ini.

Sumbangan yang diterima pelajar termasuk beg, alat tulis dan baucar yang boleh ditukar dengan peralatan atau pakaian seragam sekolah di pasaraya yang terpilih.

Program itu mendapat kerjasama daripada kelab alumni bekas-bekas pelajar sekolah atau 4U67 Forever di daerah Pekan, Pahang yang lahir pada tahun 1967 yang bertindak sebagai penyelaras program tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×