JBPM buat pemantauan, rondaan di persisir pantai - Utusan Malaysia

JBPM buat pemantauan, rondaan di persisir pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengarahkan balai-balai membuat pemantauan dan rondaan di pesisir pantai bagi memastikan keadaan sekitar selamat dan tindakan operasi menyelamat dapat berjalan dengan pantas sebagai persiapan menghadapi ribut tropikal Siklon.

Menurut JBPM dalam kenyataan hari ini, semua negeri melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) diarahkan memantau kesiapsiagaan anggota dan aset jabatan termasuk kenderaan darat, air dan udara dan ditempatkan di kawasan strategik bagi memudahkan pergerakan apabila kecemasan.

Pegawai kanan di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya pula diarahkan bertugas secara ‘standby’ 24 jam di Pusat Pengurusan Operasi (PPO) sejak 2 Januari hingga esok (4 Januari) bagi memantau keadaan semasa operasi Ribut Silkon Tropika serta menguruskan bantuan kecemasan yang melibatkan anggota dan aset jabatan ke negeri-negeri yang terlibat, katanya.

Tiga negeri, katanya, yang terkesan dengan ribut Silkon Tropika itu iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan telah mengambil tindakan seperti yang diarahkan oleh Ibu Pejabat JBPM iaitu membuat rondaan dan memberi khidmat nasihat kepada orang awam yang berada di tepi pantai tentang bahaya ribut itu. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×