JPN larang keras simpan MyKad individu lain - Utusan Malaysia

JPN larang keras simpan MyKad individu lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang sekeras-kerasya mana-mana pihak yang tidak diberikan kuasa memegang atau menyimpan kad pengenalan individu lain tanpa sebab munasabah. 

JPN dalam kenyataannya hari ini berkata, perkara berkenaan adalah selaras dengan peraturan 8A, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Sub peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 memperuntukkan mengenai kategori pihak yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan individu lain.

“Selain daripada pihak yang dinyatakan di bawah peraturan berkenaan, ia menjadi satu kesalahan termasuk pengusaha kedai aksesori telekomunikasi memegang atau menyimpan kad pengenalan individu lain,” menurut kenyataan itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia menerusi laporan eksklusif mendedahkan sebuah premis menjual aksesori telekomunikasi di Kelantan menawarkan khidmat ‘unik’ dengan menjadi pusat gadaian MyKad kepada golongan kesempitan wang-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×