Siasatan ‘kenaikan’ harga barang sekolah selesai 2 Januari - Utusan Malaysia

Siasatan ‘kenaikan’ harga barang sekolah selesai 2 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih dalam proses menyia­sat dakwaan kenaikan harga barang kelengkapan persekolahan.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Dasar) Bahagian Pe­nguat Kuasa kementerian itu, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, keputusan siasatan itu dijangka selesai pada 2 Januari tahun hadapan dan satu hebahan akan dibuat oleh pihaknya.

“Pasukan kami sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan kenaikan harga kelengkapan persekolahan ini sejak minggu lepas.

“Disebabkan barang yang terlibat terlalu banyak, mengambil sedikit masa untuk mengumpul dan menganalisis segala maklumat hasil siasatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan keluhan ibu bapa yang terpaksa menanggung kos tinggi untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Malah, ibu bapa yang ditemui turut mendakwa kebanyakan pusat beli-belah tidak menawarkan promosi yang banyak seterusnya membebankan mereka, terutamanya yang mempunyai ramai anak yang akan bersekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×