Sepasang suami isteri direman dera kanak-kanak - Utusan Malaysia

Sepasang suami isteri direman dera kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Ibu tiri dan bapa kandung seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera, hari ini dibenarkan reman selama tujuh bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Perintah reman sehingga 2 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah/Majistret Faridatul Farrah Mohd Shukri.

Faridatul Farrah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Mohd Afzanizam Yahaya dilaporkan sebagai berkata, pihaknya menahan bapa mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai tukang masak dan ibu tirinya seorang warga Indonesia berusia 23 tahun dan tidak bekerja untuk siasatan lanjut.  

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian kanak-kanak itu daripada Hospital Sultan Ismail dekat sini, pada pukul 12.50 tengah malam Rabu yang dipercayai akibat didera. 

Menurutnya, mangsa dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdapat kesan lebam serta bengkak pada bahagian kanan muka, dada, perut dan kedua-dua betis.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah trauma tumpul pada bahagian abdomen,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×