Kehadapan cucunda yang dikasihi... - Utusan Malaysia

Kehadapan cucunda yang dikasihi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Ayat persuratan dan kesusasteraan Melayu lama yang digunakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk bercanda dengan cucunya hari ini menarik perhatian warganet.

Dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, Najib  berkongsi gambar sedang menikmati makanan di sebuah restoran bersama Adam Razak.

Kapsyen gambar tersebut berbunyi, “Kehadapan cucunda yang dikasihi, Ke mana kita hari ini?, Berdamping manja di sisi, Senyuman comel tentu sekali”.

Hantaran yang dibuat tidak sampai satu jam itu telah mendapat lebih 13 ribu suka, lebih satu ribu komen dan hampir satu ribu kongsi.

Adam Razak merupakan bayi sulung kepada anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, yang berkahwin dengan Daniyar Kessibayev yang berasal dari Kazakhstan, dua tahun lalu.

“Pandai Datuk Seri Bergurau..haha,” kata Leta Jefrie.

“Moga dipanjangkan usia, sihat sentiasa, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan DSNR. Amin Ya Rabbal Alamin,” doa Hai Hai Rul.

“Kalau lihat muka DSN. Sentiasa tersenyum. Comelnya cucu DSN,” tulis Rosmini Majid.

Bahasa persuratan dan kesusateraan Melayu lama mendapat perhatian sejak semalam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa menggunakan perkataan kekanda dan adinda dalam ‘Warkah dari Cordoba untuk Nurul Izzah’.

Warkah yang ditulis Dr. Mujahid di Facebook beliau itu menerima 12 ribu komen, hampir 9,000 reaksi dan  8,000 perkongsian tidak sampai 24 jam hantaran itu dibuat.-UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×